Punca utama ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas. Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yang berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, lepas gugur atau siapa2 saja yang lemah ketahanan atau immunitinya. Wanita yang ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.
Gambar menunjukkan jangkitan kulat dalam faraj.
Mulai dari jangkitan faraj yang tandanya ialah keluaran keputihan , berwarna kuning atau hijau, gatal dan berbau, kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian. Disini kuman2 akan membuat kerosakkan dan akahirnya ia tersumbat.
Punca kedua ialah penyakit endometriosis, disebabkan tumpahan darah haid (retrograde menstruation) melalui saluran fallopian ke belakang rahim . Peroses tumpahan ini sering dikaitkan dengan rahim yang jatuh ketulang tonking (retroverted). Darah haid mengandungi darah tisyu endometrium, toksin dan kuman2. Kandungan ini menyebabkan reaksi radangan dan inflamasi yang terok menyebabkan kerosakan saluran fallopian yang akhirnya jadi tersumbat.
Punca2 lain temasuklah tumbuhan fibroids dan adenomyosis
Kebelakangan ini, saya dapati semakin ramai wanita yang mandul yang saya bedah didapati mempunyai saluran fallopio yang rosak atau sumbat. Diantara punca utama kejadian ini ialah penyakit endometriosis yang memang banyak bawa kerosakan pada organ peranakan.
Punca kedua ialah jangkitan kuman yang munkin berlaku pada zaman gadis lagi dan tanpa disedari. Tapi ramai juga yang mengalami keputihan, yang sering disertai kegatalan, lendir berwarna kekunungan atau kehijauan dan munkin berbau. Setengah mereka pernah melakukan pengguguran haram, dan ada yang lain pula mengidap 'cervical erosion' atau hakisan pada pangkal rahim yang sering dan mudah dijangkiti kuman.
Sekarang pendekatan rawatan saya berlainan sedikit, itu secara holistic , dengan pembedahan sebagai jalan utama dan kemudian diikuti rawatan herbal. Sila lihat video2 .
Blocked fallopian tubes are a serious concern for most women because of their implications on fertility. More often than not, women only get to know their tubes are blocked when attempts at conceiving produce no positive outcome. By the time they get a proper diagnosis, the damage to the tubes may prove to be beyond repair, robbing them of any chance at naturally conceiving a child.
There are procedures that can go past the tubal problem when all other conventional options prove ineffective in restoring proper functioning of the tubes (e.g. in vitro fertilization). These methods are able to artificially induce the desired pregnancy but unfortunately, do not come cheap. Only those who can afford the high costs can avail of this option and those who cannot often lose their hopes at ever having a child.
Hope need not necessarily be lost though. There are alternative remedies that can bring about conception by naturally unblocking your tubes and enhancing overall health. These options are unconventional but have proven quite effective for many of the women who chose to try them out. They are also relatively inexpensive and hence, can be available to most of the women whose fertilities are affected by blocked or damaged fallopian tubes.
One alternative remedy that can readily be used by women with blocked tubes is the abdominal self-massage. An abdominal massage enhances blood circulation and hence promotes overall health. The abdomen houses organs that play a major role in eliminating toxins from the body (e.g. liver or kidneys). By providing continuous blood flow to the abdominal region these organs are invigorated with the increased nutrients and oxygen delivered through the blood. Also, the gentle kneading motion that accompanies a massage will help such organs in cleansing the body free of any accumulated wastes.
One directly relevant benefit of abdominal massage is its effects on blockages in the abdominal area. Fallopian blockages can be dislodged through continuous kneading and be flushed out of the body. This benefit can also be achieved even for scar adhesions because abdominal massages can also promote normalization of tissues and break up of any adhesions that may have formed within the reproductive system.
Abdominal massages can be performed by anyone. The abdomen however, is a very intimate part of the body and for some people, allowing another person to touch the area would be very uncomfortable indeed. For this reason, an abdominal self-massage may prove to be most appropriate for therapeutic purposes.
Massaging your own abdomen will not only provide more comfort but will also be less expensive and more attuned to your needs. A professional massage therapist can be quite costly especially when the case is on blocked fallopian tubes where continuous therapy is needed to achieve positive results. Asking a friend or your partner to do the massage on you would be cheaper but conflicts on schedule and the continuous therapy needed might prove this option impractical. Furthermore, since you would be the one who'll feel the pressure from the massage, only you could fully determine which areas of your abdomen are in most need of attention and what degree of pressure you can tolerate.
An abdominal self-massage can be easily inserted into your daily routine and would normally take up no more than 30 minutes of your time each day. It is also a relaxing procedure hence, you get to clear your mind of any worries causing you stress. Stress can also contribute to formation or aggravation of disease hence, you will feel the benefits not only in the flushing of toxins, wastes and blockages from your body but also in the overall well-being needed to make your body ready for the expected conception and pregnancy.
Untuk mengetahui keadaan dalam rahim dan saluran benih (fallopian tubes), saya sering melakukan ujian x-ray rahim (hysterosalpingogram) atau diringkaskan sebagai H.S.G. Ini adalah satu tata-cara di mana doktor pakar x-ray akan melakukan satu suntikan cecair khas ke dalam rahim melalui saluran faraj, mengambil 4-5 gambar x-ray dan dari situ doktor akan dapat mengesan samaada saluran benih (fallopian tubes) isteri tersumbat atau tidak.
Kadang-kala sering juga berlaku saluran benih ini kuncup (spasm) dan setelah di-injek dengan cecair saluran benih akan terbuka. Sebab itu ujian ini sangat penting, khususnya bagi mereka yang belum pernah menjalani ujian atau rawatan sebelum ini. H.S.G. adalah satu ujian yang senang dilakukan serta murah harganya.
Dianggarkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada wanita-wanita yang telah menjalani prosedur H.S.G. akan hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan berikutnya.
D & C, Polypectomy dan Hydrotubation.
Jika mereka tidak lagi hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas ujian H.S.G., saya syorkan mereka jalani satu tatacara pembedahan kecil yang boleh dilakukan di klinik sebagai pembedahan harian (day surgery).Setelah dibius, doktor akan melakukan prosedur ini dengan mengembangkan saluran pangkal rahim, cuci dalam rahim untuk membuang lemak yang biasanya dalam bentuk ‘endometrial polyps'.
Endometrial Polyps
Prosedur ini digelar 'polypectomy'. Disamping itu saluran benih (fallopian tubes) yang mungkin kuncup semula atau tertutup perlu dibuka semula melalui proses 'hydrotubation'. Jadi ketiga-tiga perkara dilakukan serentak, iaitu untuk membersihkan, membesarkan saluran pangkal rahim serta saluran benih.
Selepas rawatan ini saya juga memberi masa 3 - 6 bulan samada wanita tersebut boleh hamil atau tidak dan saya dapati juga lebih kurang 20 peratus wanita hamil selepas menjalani prosedur ini.
Pembedahan Laparoscopy
Pembedahan Laparoscopy
Pembedahan Laparoscopy adalah satu tatacara pembedahan yang sangat penting bagi mengesan punca dan juga untuk merawat berbagai jenis kemandulan. Setelah pesakit bius , satu hirisan kecil (1/2 inci) pada bawah pusat dilakukan untuk memasukkan teropong laparoscop. Melalui teropong ini doktor dapat melihat organ-organ di dalam perut, khususnya untuk mengesan berbagai penyakit di bahagian peranakan. Keadaan saluran benih dapat nilai dengan teliti samaada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari/kilang telur, samada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim (P.O.D.) di mana percantuman antara benih lelaki dengan telur perempuan berlaku dapat ditinjau melalui teropong laparoskop. Kesemua penilaian tersebut tergulung dalam apa yang digelar ‘diagnostic laparoscopy’.
Sekarang ini kita boleh melakukan berbagai tatara pembedahan melalui teropong laparoscop dan kaedah-kaedah tersebut tergulung di dalam apa yang digelar ‘laparoscopic surgery’. Di antaranya ialah pembedahan seperti membuang ketumbuhan 'fibroid' yang kecil, tumbuhan 'ovarian cyst' pada kilang telur yang disebabkan oleh darah kotor dari penyakit ‘endometriosis’, ataupun yang mengandungi cecair atau lendir. Melalui teropong laparoscop kita juga boleh membuat pembetulan atau membaiki saluran benih yang bermasalah seperti tersumbat atau melekat-lekat. Kita juga boleh melakukan rawatan laser atau cautery pada penyakit seperti endometriosis atau memisahkan organ organ peranakan yang melekat-lekat, dan melakuakakan ‘ovarian drilling’bagi penyakit ‘ polycystic ovary’. Saya biasanya menggandingkan 'laparoscopy' dengan ‘ mini-laparotomy ’ dimana saya membuat pembedahan kecil sepanjang 2-3 inci pada bahagian ari-ari. Ini bertujuan untuk memudahkan saya melakukan semua tata-cara pembedahan yang tersebut diatas.
Laparosocopy juga penting dalam kaedah rawatan Bayi Tabung Uji GIFT. Ini adalah satu kaedah bayi tabung uji di mana wanita tersebut telah diransang telurnya, kemudian diambil telurnya melalui teropong laparoscop dan dicantumkan dengan benih suami. Seterusnya benih suami dan telur akan dimasukkan ke dalam muncung saluran falopian untuk persenyawaan secara biasa.
Sering saya lakukan pembetulkan bgi kedudukan rahim yang biasanya jatuh ke tongking 'retroverted uterus' yang biasa berlaku dalam penyakit endometriosis. Pembedahan laparoscopy ini biasanya kita lakukan sebagai 'day surgery' di mana pesakit tersebut akan masuk ke wad pembedahan harian. Pada hari itu pesakit tersebut perlu berpuasa bermula dari malam sebelumnya untuk membolehkan doktor pakar bius memasukkan biusnya secara umum. Setelah melakukan pembedahan dan tata-cara laparoscopy, biasanya pesakit akan di rehatkan di wad harian. Adakalanya ia boleh balik pada hari yang sama, tetapi demi untuk keselamatan, saya akan jaga pesakit tersebut sampai keesokan harinya, takut jika pesakit mengalami kesan sampingan selepas dibius.
Saya dapati pembedahan laparoscopy yang disertai dengan tata-cara untuk membetulkan peranakan, membetulkan saluran fallopian yang sumbat, untuk membuang tumbuhan endometriosis atau fibroid adalah sangat berkesan sekali dari segi kejayaan untuk mendapatkan kehamilan. Kaedah-kaedah rawatan lain untuk merawat penyakit endometriosis seperti ubat-ubatan, kurang berkesan jika dibandingkan dengan pembedahan yang disertai dengan pembetulan bagi kedudukkan peranakan dan pembersihan sekitaran dan bahagian belakang rahim.